Helmet basikal pintar - boleh kesan kenderaan lain dan beri isyarat membelok!

oleh HEZERI SAMSURI|
Helmet basikal adalah unik. Ia bukan sahaja ringan, tetapi kecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah syarikat US, Classon telah memperkenalkan sebuah helmet basikal yang pintar. Ia mempunyai deria pengesan yang mengetahui jika penunggang basikal memberikan isyarat tangan untuk membelok dan akan menghidupkan isyarat membelok LED di depan dan belakang helmet itu.

Ia juga mempunyai kamera di hadapan dan belakang untuk mengesan kenderaan di dalam kawasan titik buta penunggang dan akan menghidupkan lampu amaran yang boleh dilihat oleh penunggang itu.

Kamera itu juga mampu merakam perjalanan seperti dashcam dan ia menggunakan bateri lithium 2,800 mAh yang mampu bertahan selama empat jam.

Helmet seberat 580 gram itu dan Classon menawarkan harga pengenalan US$199 untuk mereka yang mahu menyertai program beta (percubaan).

Kepada yang berminat, boleh layari laman web di bawah.

https://ridebeyond.com/classon-smart-helmet/


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan minggu lalu, pengguna motosikal hanya dibenarkan menggunakan topi keledar jenis…
Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…
Pelancaran
Seramai 100 orang pemilik pertama Shoei X-Fifteen telah dijemput menghadiri acara pratonton…