Bagaimana pun, juruterbang Komander Khalid Md Lepi, pembantu juruterbang Leftenan Erman dan dua kru lain selamat dan tidak mengalami kecederaan parah.
Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan berkata, kesemua kru terbabit kini menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan TLDM Lumut.
"Insiden tidak membabitkan kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal," kata kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu berkata, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.
Difahamkan ia kejadian kemalangan pertama membabitkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM.
Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar