Helikopter terhempas, seorang selamat lima cedera

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG cedera manakala lima selamat selepas helikopter jenis Eurocopter AS355F2 terhempas di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang tengah hari tadi.

Lima mangsa nahas tersebut mengalami kecederaan ringan manakala seorang mangsa mengalami patah tulang paha.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 petang.

“Pihak bomba sedang giat usaha membawa kesemua penumpang keluar daripada tempat terhempas apabila tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.51 petang tadi.

”Siasatan awal mendapati cuaca menjadi faktor utama helikopter tersebut hilang kawalan dan terhempas,” katanya.

Jelas beliau, pesawat tersebut membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk merawat penduduk pedalaman.

Tambah beliau, helikopter tersebut terhempas pada ketinggian 1,568 meter dari atas laut.