Helikopter terhempas - Jutawan Perancis maut

oleh SALINA JALIL|
Timbalan ketua parti konservatif Les Republicains (LR), Olivier Dassault, yang juga anak ahli perniagaan perindustrian Perancis Serge Dassault, terbunuh dalam nahas helikopter, tulis Presiden Emmanuel Macron di Twitter pada Ahad.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Olivier Dassault menyayangi Perancis. Seorang pemimpin industri, ahli politik... selama hidupnya, beliau tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara kita. Kematiannya satu kehilangan besar. Takziah untuk keluarga beliau," ciap Macron, lapor Agensi Berita Xinhua.

 

Olivier Dassault, 69, meninggal dunia pada Ahad dalam nahas helikopter di bandar Touques wilayah Normandia utara Perancis. Juruterbang helikopter itu turut terkorban, lapor radio tempatan Eropah 1. Dassault adalah bapa kepada tiga orang anak dan merupakan orang ke-361 terkaya di dunia, maut bersama lelaki yang belum dikenali.

 

Dassault Group antara konglomerat terkaya di Perancis, memiliki Dassault Aviation, pengeluar jet tentera dan Group Figaro, sebuah firma media. Pada masa kematiannya, kekayaannya dilaporkan melebihi  £6 bilion (RM34,271,598,000.00), menurut sumber dalaman kewangan dunia di Paris.

 

 

MirrorUK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian…
Berita Domestik
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi. Difahamkan…
Berita Domestik
  Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 9.25 pagi ketika helikopter jenis LEO menerbangkan…