Helikopter terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang, dua cedera

oleh SALINA JALIL|
Gambar dari JBPM
Sebuah helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 dilaporkan terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada pagi tadi.


Menurut Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Helikopter berkenaan telah melakukan pendaratan cemas dan terhempas di kawasan lapang dan tiada kebakaran berlaku.

 

“Terdapat dua mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan mereka berada dalam keadaan stabil serta hanya mengalami kecederaan ringan.

 

Mangsa dikenali sebagai Kharudin Dahlan (juruterbang), 73, mengalami kecederaan di tangan kiri manakala Moithu Kutti Mohamad (pembantu juruterbang), 53, mengalami luka kecil,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

 

Mengulas lanjut, Norazam berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

 

Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Informasi
Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…