Helikopter terhempas dari Sungai Lembing, Pahang

oleh SALINA JALIL|
Helikopter Airbus AS350 B3 yang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang di sini, berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pagi semalam.


Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pesawat yang dikendalikan Leopad Aviation Sdn Bhd itu berlepas pada jam 8.30 pagi.


"Helikopter dalam penerbangan persendirian ke Subang melalui Maran, Temerloh, Karak dan Batu Caves dengan satu juruterbang dan empat penumpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan sementara tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya.

 

Menurut kementerian itu lagi, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

 

Terdahulu, dua dilaporkan cedera manakala tiga lagi terselamat dalam kejadian kira-kira jam 9.25 pagi itu.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.47 pagi.

 

"Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dengan lima pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.

 

"Lima mangsa yang terbabit dalam insiden itu dalam keadaan stabil dan helikopter berkenaan tidak mengalami kebakaran," katanya.

 

 

Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Informasi
Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…