Helikopter tentera Indonesia terhempas, 5 kru selamat

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Defense Studies
Sebuah helikopter jenis Bell 412 milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Bagaimanapun, kesemua lima anak kapal termasuk juruterbang dilaporkan selamat.

Helikopter tersebut dikatakan dalam misi latihan bagi menyokong batalion infantri sebelum terhempas di sebuah perkampungan di daerah Rancabali.

Video yang tular dari tempat kejadian memaparkan helikopter malang itu terbakar manakala anggota penyelamat serta orang ramai bergegas membantu mangsa sebelum dibawa ke hospital tempatan di Cimahi.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menentukan punca kejadian, menurut tentera.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…
Berita Domestik
  "Sekiranya ada ciri-ciri banjir, paras air meningkat dan hujan, aset udara ini sudah siap siaga…
Berita Domestik
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dua daripadanya telah dirujuk ke Hospital Sultanah…