Helikopter tentera Belanda terhempas, dua anggota tentera maut

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Pertahanan Belanda hari ini memaklumkan dua anggota tenteranya maut selepas sebuah helikopter tentera Belanda terhempas ke laut sejurus berlepas dari pulau Aruba di Caribbean.


Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan ke pulau berdekatan, Curacao, pada petang Ahad lalu, sebelum ia terjatuh 12 kilometer dari pesisir pantai Aruba, wilayah jajahan Belanda, kata kementerian itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Angkatan Tentera Belanda, Rob Bauer, mengesahkan bahawa dua daripada empat anggota tentera yang berada dalam pesawat ketika itu terbunuh.

 

"Dua lagi anggota pasukan tidak mengalami kecederaan serius, bagaimanapun kejadian itu adalah berita mengerikan dan menjadi kejutan kepada semua," katanya pada sidang media di The Hague, awal pagi semalam.

 

Punca kemalangan itu masih belum diketahui, namun pengawal penyelamat pantai dan penyelam tentera Belanda kini sedang berusaha mencari kotak hitam pesawat itu.

 

Menurut Bauer, usaha mencari dilaporkan sukar berikutan angin kencang, arus deras dan ombak besar, selain turut memberitahu siasatan akan dibuka.

 

 

DP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Informasi
Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…