Helikopter 'pertama' bakal terbang di Marikh malam ini

oleh SALINA JALIL|
Helikopter robotik Ingenuity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) yang berada di Marikh bakal melakukan penerbangan pertamanya dalam tempoh sehari lagi.


Helikopter ringan itu dijangka melakukan penerbangan pertamanya pada jam 10.45 malam Ahad ini dan akan terapung di udara untuk 30 saat, dengan ketinggian kira-kira tiga meter dari permukaan tanah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Operasi Ingenuity, Tim Canham, berkata rancangan awal pihaknya adalah menerbangkan helikopter secara vertikal dan mengambil gambar rover Perseverance yang mendarat di Marikh pada 18 Februari lalu.

 

"Helikopter terbabit berada dalam keadaan baik. Malam tadi kami menghidupkan rotor helikopter dan bilahnya berpusing dengan baik.

 

"Selepas berada di udara dalam tempoh ditetapkan, helikopter itu akan diturunkan dan mendarat semula," katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Projek Ingenuity, MiMi Aung, berkata penerbangan itu dilakukan secara kawalan jauh serta diprogram terlebih dulu kerana ia mengambil masa 15 minit untuk isyarat dari bumi sampai ke Marikh, selain melihat faktor persekitaran planet berkenaan.

 

"Sukar untuk menjangkakan keadaan apabila (helikopter) mendarat, berlepas dan ketika terbang," katanya.

 

Beliau menjelaskan, graviti di Marikh kurang berbanding bumi malah tekanan atmosferanya hanya kurang satu peratus berbanding di permukaan bumi.

 

 

- AFP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Informasi
Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…