Helikopter H225M catat 20,000 jam penerbangan, TUDM terima penghargaan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penghargaan daripada Airbus atas kejayaan merekodkan jumlah jam penerbangan terkumpul paling tinggi di Asia bagi helikopter tentera H225M.


Ia selepas fleet helikopter H225M TUDM sebanyak 12 unit yang berkhidmat semenjak 2012 itu berjaya mengumpulkan lebih 20,000 jam penerbangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Airbus dalam satu kenyataan memaklumkan, juruterbang helikopter H225M TUDM yang masing-masing mencapai sejumlah 2,000, 1,500, 1,000 dan 500 jam penerbangan dalam helikopter itu juga diberikan anugerah pencapaian jam penerbangan pada majlis penuh bersejarah itu semalam.

 

"Direka bentuk untuk menangani misi yang paling mencabar, helikopter H225M telah mengambil bahagian dan menyertai pelbagai misi latihan dan kemanusiaan, termasuk operasi penyelamatan semasa banjir dan operasi menyelamatkan nyawa.

 

"Aset tempur pelbagai fungsi dan serba boleh yang terbukti keupayaannya, helikopter H225M membolehkan pasukan tentera dihantar ke mana sahaja pada bila-bila masa diperlukan," memetik kenyataan itu.

 

Ketua Serantau bagi Airbus Helicopters Asia Pasifik, Vincent Dubrule telah menyampaikan anugerah kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad bagi meraikan dan memperingati pencapaian penuh bersejarah tersebut di Pangkalan Udara Kuantan.

 

Hadir sama adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Pengarah Urusan, Airbus Helicopters Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi, Airbus Helicopters Asia Pasifik, Gerard Pau dan Wakil Ketua Negara Airbus di Malaysia, Raymond Lim.

 

Pada masa kini, sejumlah 125 helikopter H225M berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia.

 

Selain Malaysia, negara Brazil, Perancis, Indonesia, Mexico, Kuwait, Singapura dan Thailand juga bergantung kepada keupayaan helikopter H225M untuk menyokong dan melaksanakan misi yang mencabar.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan laporan mengenai…
Informasi
  Menurut kenyataan itu ia akan melibatkan terbang lintas hormat beberapa pesawat helikopter…
Berita Domestik
Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif KAI  Kang Goo-Young berkata varian FA-50 Block 20…