Helikopter Eurocopter hilang, terputus hubungan

oleh Hamimah Hamid|
SEBUAH helikopter jenis Eurocopter yang dikendalikan oleh syarikat tempatan dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari tadi.

Helikopter terbabit berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dengan seorang juruterbang pada jam 11.37 pagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perkara itu dimaklumkan dan disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) kepada beliau.

”Helikopter berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada pukul 11.37 pagi sebelum terputus hubungan 39 minit kemudian dengan menara kawalan udara.

“Lokasi sebenar helikopter berkenaan hilang masih belum disahkan, namun berdasarkan laporan awal diterima ia terputus hubungan ketika melewati hutan di sekitar Bidor, Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian  pada sidang media selepas lawatan ke Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Ipoh hari ini.

Menurut Ka Siong, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Polis Diraja Malaysia di Bidor telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan sebuah helikopter terbabit.