Helikopter Black Hawk terhempas, enam terbunuh di Filipina

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Seramai enam orang dilaporkan terbunuh selepas sebuah helikopter jenis S-70i Black Hawk yang dalam latihan penerbangan, terhempas di utara Manila.


Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana mengarahkan helikopter Black Hawk yang baharu diperoleh itu, digantung segera selepas insiden tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Tentera Udara Filipina menerusi kenyataan, helikopter jenis S-70i Black Hawk itu, merupakan antara 16 unit yang dibeli dari Poland pada 2019.

 

Jelas kenyataan tersebut, helikopter itu terhempas pada petang semalam setelah berlepas dari sebuah bekas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah Pampanga.

 

Menurut Tentera Udara Filipina, Pasukan mencari dan menyelamat menemukan serpihan helikopter utiliti tempur itu. Identiti mangsa masih belum diumumkan kerana perlu memaklumkan kepada keluarga mereka terbabit dahulu.

 

Katanya, satu siasatan telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca nahas itu.

 

Enam helikopter Black Hawks termasuk yang terhempas diterima pada November, manakala lima lagi dihantar awal bulan ini dan sedang melalui pemeriksaan teknikal.

 

Helikopter selebihnya dijangka terima pada akhir tahun ini.

 

 

 

– REUTERS

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Informasi
Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…