Helikopter bawa Ketua Polis Filipina terhempas

oleh SALINA JALIL|
Sebuah helikopter yang membawa Ketua Polis Filipina, Jenderal Archie Gamboa Francisco bersama tujuh orang termasuk kru terhempas di bandar San Pedro di Wilayah Laguna, Selatan Manila pada semalam.

 

Jurucakap daerah, Leftenan Kolonel Chitadel Gaoiran berkata, kesemua mangsa bagaimanapun selamat dan hanya mengalami cedera ringan.



"Helikopter berkenaan berlepas sebaik selesai mengadakan perjumpaan dengan pegawai polis tempatan sebelum merempuh kabel tenaga dan terhempas di atas jalan berhampiran kawasan perumahan," katanya.



Sementara itu, Gamboa menerusi hantaran dalam akaun Twitter rasminya memberitahu, kesemua mangsa kini dirawat di sebuah hospital berdekatan.

 

 

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagaimanapun, kesemua lima anak kapal termasuk juruterbang dilaporkan selamat. Helikopter tersebut…
Berita Domestik
  "Sekiranya ada ciri-ciri banjir, paras air meningkat dan hujan, aset udara ini sudah siap siaga…
Berita Domestik
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dua daripadanya telah dirujuk ke Hospital Sultanah…