Heico Sportiv tawar perisian nyahkunci had laju 180 km/j pada Volvo anda

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ramai yang mampu menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh syarikat automotif Sweden Volvo dari segi keselamatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lihat sahaja respon yang diterima ketika awal pengenalan tali pinggang keledar (baca artikel kami terdahulu), dan yang terkini pengenalan had laju 180 km/j untuk kereta-kereta baharu Volvo.

Mungkin bagi sesetengah pengguna, ia bukanlah satu masalah besar, namun bagi penggemar kelajuan, had laju 180 km/j itu seakan satu halangan yang cukup besar, apatah lagi kereta moden kini mampu mencapai kelajuan lebih daripada itu.

 


Untuk memenuhi hasrat kelajuan sesetengah pihak, penala Volvo dari Jerman Heico Sportiv memperkenalkan kembali ECU e.motion yang mampu untuk mengembalikan had laju tertinggi asal bagi model-model 40, 60 dan 90 Volvo.

Unit e.motion ini mampu menyahkunci had laju yang ditetapkan oleh pengeluar untuk model tahun 2020, dan bergantung kepada varian enjin, kelajuan tertinggi mampu ditambah sebanyak 30-70 km/j.

Unit ini bukanlah kali pertama dibuat oleh Heico Sportiv, memandangkan sebelum ini ia turut ditawarkan secara standard pada model Volvo S60 T8 Polestar.

Dengan perisian tersebut, model T8 Polestar (405 hp) itu tadi mampu memecut sepantas 4.4 saat dari pegun sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.
 


Bergantung kepada model dan varian enjin yang ditawarkan (petrol/disel/hibrid), harga jualan e.motion ini bermula dari EUR 1,112.06 (RM5,407) dan dijadualkan pelancarannya pada bulan hadapan di Eropah.

Sumber: Heico Sportiv

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, untuk mereka yang mahukan lebih daripada itu, anda boleh mendapatkan khidmat naik taraf…