Hayden Haikal debut dalam siri Idemitsu Super Turbo Championship di Thailand

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pelumba muda negara, Hayden Haikal bakal kembali mewakili negara dalam perlumbaan antarabangsa keduanya iaitu Idemitsu Super Turbo Championship di Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan tersebut akan berlangsung pada 10 hingga 12 Mac 2023, hujung minggu ini bertempat di Chang International Circuit, Buriram.

Pada tahun 2022, pelumba berusia 18 tahun itu telah memperoleh tempat kedua keseluruhan dalam perlumbaan antarabangsa pertamanya iaitu Thailand Super Eco Saloon Car Series.

Dalam perlumbaan antarabangsa keduanya, Haikal akan bertanding dalam kelas D4 menggunakan jentera Toyota Vios dikuasakan enjin 1550 cc NA.

Haikal juga akan bertanding bersama pasukan Wing Hin Motorsports, dimana dia akan memandu jentera Vios versi super touring yang dilengkapi transmisi sequential 5 kelajuan.

 

2

 

Pusingan 1 dan 2 perlumbaan itu melibatkan sembilan pusingan pada hari Sabtu dan perlumbaan 11 pusingan di sekitar litar 4.554km tersebut.

Perlumbaan itu terdiri daripada enam pusingan dengan pusingan 3 dan 4 dijadualkan pada 19-21 Mei, manakala dua pusingan terakhir (5 & 6) adalah dari 16-18 Jun 2023.

Berikut merupakan jadual perlumbaan Idemitsu Super Turbo (D4 Class):

Sabtu, 11 Mac 2023
4.45 pm – 5.05 pm (Waktu Malaysia)

Ahad, 12 Mac 2023
2.55 pm – 3.20 pm (Waktu Malaysia)

Bagi menyaksikan dan menyokong wakil pelumba muda negara muda dalam perlumbaan tersebut, anda boleh saksikannya secara penstriman langsung di laman sesawang Idemitsu Super Turbo Thailand

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…
Sukan Bermotor
Walaupun hanya kali kedua tampil pada peringkat antarabangsa, pelumba berusia 18 tahun bersama…