‘Hayat’ SUV akan berakhir dalam era EV – bos Citroen

oleh Mohamad Hanif|
Sejak kebelakangan ini, kenderaan genre SUV dan crossover kian menjadi pilihan utama kebanyakan pengguna memandangkan ia jauh lebih praktikal jika dibandingkan dengan sedan, hatchback dan wagon.

Ada juga sesetengah pengeluar yang telah menghasilkan SUV berprestasi tinggi dan terbukti ia lebih menguntungkan berbanding perniagaan terdahulu yang hanya bergantung kepada penghasilan supercar semata-mata.

Namun, hayat SUV dalam era kenderaan elektrik mungkin tidak akan bertahan lama mengikut kata-kata CEO Citroen, Vincent Cobee kepada laman Auto Express.

Ketika ditemubual, Vincent menjelaskan “Dunia SUV sudah berakhir” walaupun setelah itu beliau mengakui bahawa “angka yang diberikan tidak menunjukkan saya di pihak benar”.
 

ev


Alasan beliau cukup mudah, SUV tidak mempunyai tahap aerodinamik yang cukup baik untuk dijadikan kenderaan elektrik.

“Untuk sebuah EV bateri, sekiranya aspek aerodinamik tidak begitu baik, ia akan memberikan kesan besar kepada jarak operasi.

“Anda mungkin akan hilang sehingga 50 km, dan antara SUV dan sedan, sangat mudah untuk mencapai perbezaan jarak hingga 60/70/80 km.

Selain itu, kebanyakan SUV lebih berat jika dibandingkan dengan hatchback, sedan atau station wagon dan pek bateri berkapasiti yang lebih besar diperlukan untuk membolehkan SUV elektrik mencapai jarak gerak yang sepadan.
 

suv


Jelasnya lagi, pada masa akan datang, pihak berkuasa mungkin akan mula memperkenalkan had terhadap saiz bateri dan berat kenderaan menerusi pelaksanaan cukai, insentif dan undang-undang baharu.

Sumber: Auto Express

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peningkatan itu dibantu oleh permintaan terpendam berikutan tempoh pasca pandemik, dimana prestasi…
Berita Global
  Impak polisi kerajaan boleh dilihat pada kereta hibrid yang berusia lebih sedekad di jalan raya…
Informasi
Rata-rata di antara kita tahu kekuatan jenama Volvo itu sendiri sejak ia mula menempa nama di…