HAVAL Malaysia, Maxx 'N Go tawar servis mudah alih kepada para pemilik Haval

oleh Mohamad Hanif|
Go Auto Sales Sdn Bhd (HAVAL Malaysia) selaku pengedar eksklusif SUV jenama Haval di Malaysia telah menandatangani perjanjian strategik dengan Maxx 'N Go bagi membolehkan para pemilik Haval membuat temujanji servis penyelenggaraan on-site sebagai alternatif kepada pusat servis Haval.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kolaborasi bersama Maxx 'N Go ini membolehkan para pemilik menentukan masa, lokasi dan sekaligus membuat servis berkala kepada kenderaan mereka, semuanya menerusi satu klik pada aplikasi mudah alih Maxx 'N Go. 

Menurut Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato' SM Azli SM Nasimuddin berkata, "para pemilik tidak perlu risau akan pembatalan jaminan 7 tahun yang diberikan, memandangkan servis ini menggunakan pelincir yang telah disahkan dan mengikut Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan."
 


Sebagai salah sebuah daripada SOP yang telah termaktub, pihak Maxx 'N Go akan memberikan servis pemeriksaan 15 mata secara percuma, termasuklah pemeriksaan tekanan dan benang tayar, sistem brek, klac, bateri, pengelap cermin dan juga bendalir brek, gear, coolant, stereng dan cecair pembasuh cermin. 

Menurut Ketua Pegawai Teknikal Maxx 'N Go, Tengku Djan Ley berkata, "kerjasama ini memberikan peluang kepada kami untuk menonjolkan tahap kebolehan kami mematuhi segala SOP dan alat ganti yang telah ditetapkan, di samping mengekalkan kualiti servis yang terbaik kepada pelanggan kami."

Sebanyak 2,000 orang pelanggan sedia ada bakal menikmati kemudahan hasil daripada kerjasama antara HAVAL Malaysia dan Maxx 'N Go ini. 

Dalam masa yang sama, Promosi Jualan Akhir Tahun menawarkan penjimatan sehingga RM6,300 di tambah pula dengan pemberian barangan HAVAL bagi mereka yang menempah model, selain berpeluang untuk menerima servis percuma sebanyak tiga kali bernilai RM900 (termasuk alat ganti dan kos buruh).