Haval kini di Skudai, Johor Bahru

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar eksklusif jenama Haval di Malaysia, Go Auto Sales Sdn Bhd dengan kerjasama Ang Trading and Motor Credit Sdn Bhd telah melancarkan bilik pameran Haval bertempat di Skudai, Johor Bahru.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pusat pameran yang terletak di Taman Perindustrian Ringan Pulai, Johor Bahru dijangka akan memberikan kemudahan kepada para pelanggan sekitar Skudai dan Johor Bahru. 
 


Bercakap ketika pelancaran rasmi pusat tersebut, Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, "Dengan pembukaan cawangan pengedar baharu, Haval kini mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak 24 buah pengedar di seluruh negara dan 4 daripadanya terletak di Johor."

Haval Malaysia kini menawarkan promosi pembelian SUV baharu dengan penjimatan serta insurans percuma sehingga RM3,000 bagi pelanggan tetap dan pelanggan baharu.

Selain daripada Kempen Reimagine dan Jelajah Haval Rocks The Town itu, pihak Haval juga kini merancang untuk mengadakan jerayawara di seluruh negara meliputi kawasan Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang akan diumumkan tidak lama lagi. 

 


Setiap pembelian SUV H1 kini didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tujuh tahun tanpa had perbatuan, manakala SUV H2 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 jarak perbatuan yang mana terdahulu. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web yang tertera. 

Kempen Reimagine 
http://reimagine.haval.my/

Website rasmi Haval
www.haval.my

Facebook Haval Malaysia
www.facebook.com/havalmy

Instagram Haval Malaysia
www.instagram.com/havalmy

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…
Berita Global
Pada tahun 2022, GWM berjaya mencatat peningkatan sebanyak 21.28%, dengan menjual sebanyak 1,067,…