Haval buka cawangan baharu di Bangi

oleh SALINA JALIL|
Go Auto Sales Sdn Bhd (Haval Malaysia) pengedar esklusif untuk Haval SUV di Malaysia beserta Wan Auto Car Wheels Sdn Bhd telah merasmikan premis baru di Bandar Baru Bangi, Selangor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Cawangan 3S tersebut terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi melibatkan bahagian jualan, perkhidmatan servis dan alat ganti dan bertujuan memberi keselesaan kepada para pelanggan Haval yang tinggal di sekitar Bangi dan Kajang.

Perasmian yang telah dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato ' SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, "Kami gembira untuk mengembangkan keluarga Haval yang semakin meningkat dan pengedar baharu ini adalah yang ke-27 di seluruh negara. Di samping itu, kami berhasrat untuk mempunyai sebanyak 35 wakil di seluruh negara menjelang 2019."

Beliau turut berkata bahawa model H1 datang dengan tujuh tahun jaminan tanpa had pembatuan dan H2 datang dengan jaminan 5 tahun atau 150,000km yang mana lebih awal. Dari sekarang hingga Ahad, kami mengadakan Kempen Reimagine dengan mengadakan roadshow di The Curve, dan saya menggalakkan pelanggan untuk datang dan menikmati kebebasan kami daripada tawaran GST sifar yang ada hingga akhir bulan ini.

Haval Malaysia kini menawarkan pelanggan baru dan pemilik Haval semasa yang berminat untuk membeli SUV baharu dengan promosi Merdeka dan promosi GST sifar dengan pengurangan harga sehingga RM6,600 untuk Haval H1 dan RM7,300 untuk Haval H2.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kilang tersebut juga dikhususkan kepada pembuatan dan pemasangan NEV termasuk kenderaan elektrik (…
Berita Domestik
Usaha sama pertama dengan Go Auto adalah untuk mengimport kenderaan elektrik di bawah jenama Neta,…
Model Terbaharu
Dari segi ukuran, Higer Ace E1 membawakan dimensi sepanjang 5.4 meter (5,380 mm), lebar 1,880 mm,…