Hasrat mencuri kereta kantoi kerana tak pandai pandu manual

oleh HEZERI SAMSURI|
Sepasang remaja di Kanada berusia 15 dan 17 tahun ditangkap selepas gagal melarikan diri dengan kenderaan yang dicuri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian itu berlaku 28 November lalu di kawasan parkir kampus York University di mana  kedua-dua remaja untuk menggunakan pistol untuk mengugut seorang lelaki di bandaraya Toronto agar menyerahkan kunci kereta, telefon bimbit dan wang tunai.

Selepas itu kedua-duanya cuba melarikan diri dengan kereta mangsa tetapi gagal kerana tidak ada seorang pun di antara mereka yang pandai memandu kenderaan bertransmisi manual.

Remaja-remaja itu melarikan diri tetapi berjaya diberkas oleh pihak polis.

Ini tidak mustahil berlaku kerana kebanyak kenderaan yang dijual di US dan Kanada datang dengan transmisi automatik.

Lebih dari 85 peratus kenderaan baharu yang dijual di Malaysia datang dengan transmisi automatik. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…
Berita Global
Kini, Toyota memenuhi permintaan mereka dengan melancarkan GR Supra 2023 yang kini didatangkan…
Berita Global
Sehingga kini, ia masih lagi tidak kelihatan akan menjadi kenyataan. Namun, informasi yang…