Hasil anak Malaysia dalam AutoBild Jerman bulan ini!

oleh HEZERI SAMSURI|
Anda pasti pernah terlihat lakaran kenderaan hasil lukisan Theophilus Chin di media sosial.

Theophilus Chin atau Theo ialah antara penggiat di dalam bidang "automotive manipulator" atau pengubah automotif dengan menggunakan perisian grafik komputer.

Hasil-hasilnya sering digunakan untuk menggambarkan model-model kenderaan yang bakal muncul.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Malaysia, khidmat Theo digunakan secara profesional (berbayar) oleh Paul Tan dan juga Careta sendiri.

Namun begitu, pemuda yang berasal dari Cheras tetapi kini bertugas di Singapura itu sebenarnya mempunyai ramai pelanggan dari luar negara.

Bulan ini, majalah automotif tersohor Eropah, AutoBild German menggunakan khidmat Theo untuk melakar varian Targa dan GT2 berdasarkan model 911 baharu.

 

 

Hasil lakaran grafik komputer itu diminta oleh AutoBild untuk laporan utama di dalam isu bulan September.

Tahniah kepada Theo kerana membanggakan negara. Ia adalah salah satu contoh di mana kita mampu mengkesport bakat kita ke negara-negara maju.

Syabas Theo!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kami dapat merasakan demam Aruz masih lagi belum kebah memandangkan masih begitu ramai yang  aktif…