Harley serang dengan street fighter Bronx

oleh HEZERI SAMSURI|
Harley-Davidson memang memerlukan model-model dari genre baharu kerana lambat-laun, ia perlu menarik perhatian pembeli dari bukan kalangan cruiser juga.

Jika tidak pun, mereka tahu ramai pemilik Harley-Davidson mempunyai kewangan yang kukuh untuk menunggang motosikal genre lain juga dan kerana itu, tahun ini syarikat US itu melancarkan wakil-wakil mereka untuk dua genre terhangat di pasaran - street dan ADV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk street, Harley-Davidson akan menggunakan model Bronx yang dijana oleh enjin serba baharu - enjin Revolution Max 975 cc, sejukan cecait. DOHC dengan V-Twin 60-darjah.

Enjin itu menghasilkan 115 hp dan 94.9 Nm, jauh lagi bertenaga dari enjin-enjin lapuk Harley-Davidson yang hanya sesuai untuk cruiser.

Counter-balancer dalaman digunakan untuk mengurangkan gegaran dari sudut 60-darjah itu sementara enjin itu sendiri menjadi sebahagian dari kerangka.

 

 

Tidak ada banyak informasi diberikan oleh Harley-Davidson dan ia berkata segala maklumat akan diberikan apabila Bronx ini hendak mula dipasarkan tahun hadapan.

Yang pasti, bila BMW sudah berhenti menggunakan Brembo sebagai alatan standard, Harley-Davidson bekerjasama dengan pembuat brek masyhur itu untuk menghasilkan rekabentul angkup bagi brek radial Monoblock untuk motosikal ini.

Michelin juga ditarik untuk duduk bersama dan bekerjasama bagi projek Bronx.

Menjelang tahun 2022, Harley-Davidson bercadang untuk mempunyai sebanyak sembilan model standard/street dan dua motosikal genre ADV serta lima motosikal custom.

Ini benar-benar satu perubahan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…