
"Tidak ada pilihan selain dari memikirkan alternatif untuk masuk ke pasaran Eropah dengan harga yang kompetitif," ujar Matt.
Harley-Davidson juga sedang menimbangkan kemungkinan untuk mengeksport motosikal mereka dari kilang baharunya di Thailand.
"Jika itu pun tidak boleh dilakukan, maka kami terpaksa membuat satu lagi pelaburan di Eropah," tambah Matt, memnberikan gambaran Harley-Davidson boleh membuka kilang pemasangan di Eropah.
Syarikat motosikal itu perlu memastikan pasaran Eropah masih relevan kepada jenama itu kerana Eropah ialah pasaran terbesar untuk model terbaharu mereka yang bakal dilancarkan kelak, LiveWire.
LiveWire ialah cruiser elektrik pertama Harley-Davidson, dan model konsepnya mendapat sambutan menarik dari seluruh dunia.