Harley-Davidson Sportster S 2021 - enjin V-twin Revolution Max, 121 hp

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada kehadiran model terbaharu dari Harley-Davidson, iaitu HD RS1250S Sportster S.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan pengenalan model terbaharu ini, ia sekaligus merangkap model kedua Harley-Davidson yang didatangkan dengan enjin V-Twin terbaharu Revolution Max selepas model Pan America 1250 2021.

 

 


Dari segi kuasa, enjin bersesaran 1,250 cc dengan sejukan cecair itu berupaya menghasilkan angka output 121 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 127 Nm @ 9,000 rpm atau 10 peratus lebih berkuasa berbanding model Pan America.

Terdapat ciri kawalan jelajah serta empat mod tunggangan yang boleh dipilih iaitu Road, Sport, Rain dan Custom, di mana mod Custom itu tadi boleh ditetapkan dalam dua tetapan yang berbeza mengikut kehendak penunggang.

 


Sistem suspensi pula menerima unit fork hadapan jenis terbalik Showa 43 mm boleh laras sepenuhnya, sementara bahagian belakang pula mendapat penyerap hentak tunggal Showa juga boleh laras sepenuhnya.

Saiz roda pula adalah sebesar 17 inci di hadapan dengan tayar 160/70, sementara saiz roda belakang pula satu inci lebih kecil dengan balutan tayar 180/70.

 


Untuk memastikan jentera ini berhenti dengan baik, HD mendatangkan brek jenis cakera dengan angkup empat omboh di hadapan, serta dibantu dengan ciri keselamatan cornering ABS sebagai standard.

Dengan ketinggian pelana sekitar 753 mm dan tangki bahan api sebesar 11.8 liter, Harley-Davidson Sportster S ini memiliki berat keseluruhan 228 kg sahaja.

 


Segala informasi dipaparkan menerusi skrin LCD TFT bersaiz 4 inci yang turut menyokong sambungan Bluetooth, sokongan aplikasi peranti pintar, sistem navigasi dengan fungsi arahan penunjuk arah, serta sokongan slot pengecasan peranti pintar dengan antaramuka USB-C.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, enjin bersesaran 1,250 cc dengan sejukan cecair itu berupaya menghasilkan angka…