Harley-Davidson Pan America - mampukah ia menggugat genre ADV?

oleh HEZERI SAMSURI|
Tahun 2020 bakal menyaksikan satu genre baharu yang bakal mengejutkan peminat Harley-Davidson.

Model Pan America yang menjadi wakil pertama jenama klasik Amerika itu di dalam genre Adventure-Tourer akan menggunakan enjin 1,250 cc dari platform enjin pertengahan modular mereka.

Menurut Timbalan Presiden dan COO dari Harley-Davidson, Michelle Kumbier, Pan America ialah sebuah motosikal ADV yang lasak dan mampu melakukan pelbagai aksi.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

"Memang ada banyak model-model ADV di dalam pasaran tetapi Pan America akan mengikut stail dan ciri-ciri tradisional Harley-Davidson," ujar beliau.

Walaupun ia masih dalam kopnsep prototaip, Kumbier berkata Pan America ini mempunyai banyak teknologi termaju dalam dunia motosikal.

Enjin terbaharu itu nampaknya seperti sebuah unit V-Twin 60-darjah dengan DOHC. 

Imej itu juga melihatkan konsep ini menggunakan brek radial-mount, roda jejari tanpa tiub, tayar-tayar Anakee Wild dari Michelin serta fork terbalik dan ekzos yang lebih sporty dari mana-mana model Harley sekarang.

Cermin hadapan juga kelihatan seperti boleh dilaras dan rekabentuk bersegi motosikal ini cenderung kepada bentuk-bentuk Harley-Davidson terkini.

Pesaing utamanya ialah BMW R 1250 GS yang sudah lama mendahului segmen ADV premium. 

Kita lihat nanti apa yang akan dilancarkan oleh Harley-Davidson. Careta sendiri tidak sabar menunggu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…
Berita Global
Tidak seperti operasi mereka di Thailand di mana hanya pemasangan sahaja dilakukan, Harley berminat…
Informasi
  Ibnu Robi berkata, pekerjaan itu dilakukan secara sambilan sejak tiga minggu lalu untuk…