Harley-Davidson Low Rider ST kini di Malaysia, dari RM125,900

oleh Mohamad Hanif|
Harley-Davidson Malaysia secara rasmi melancarkan dua buah jentera baharu di bawah keluarga Softail, iaitu Low Rider S dan Low Rider ST.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi kuasa, ia dilengkapi dengan nadi V-Twin Milwaukee-Eight 117 bersesaran 1,923 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 105 hp dan daya kilas 168 Nm, di mana enjin ini turut mendapat komponen camshaft dan intake Heavy Breather berprestasi tinggi.

Segala sisa pembakaran disalur ke luar menerusi sistem ekzos jenis 2-into-2 yang turut ditala semula bagi menawarkan daya kilas yang lebih meluas pada julat putaran enjin pertengahan.
 

ST


Low Rider didatangkan dengan fork hadapan aluminium katrij tunggal 43 mm, diikuti dengan penyerap hentak gegelung di bahagian belakang dengan tetapan pra-muatan, sistem ABS secara standard, serta sistem pencahayaan LED.

Untuk model ST, ia didatangkan dengan ketinggian pelana yang lebih tinggi (19 mm lebih tinggi) berbanding model S, diikuti penyerap hentak tunggal di belakang yang lebih tinggi - menyumbang kepada jarak pergerakan tayar yang lebih jauh, serta menambahbaik dinamik pengendalian.

Sistem brek pula terdiri daripada angkup empat omboh dengan rotor berkembar 300 mm, sementara rim pula bersaiz 19 inci di hadapan dan 16 inci di belakang, kedua-duanya dibaluti tayar Michelin Scorcher 31.
 

ST


Selain daripada panel meter yang lebih ringkas, Low Rider turut dilengkapi dengan slot pengecasan USB.

Untuk kegunaan tunggangan jarak jauh, beg saddle boleh dipasang pada bahagian kiri dan kanan dengan kapasiti gabungan sebesar 53.8 liter.

Harley-Davidson Malaysia turut menawarkan aksesori untuk model Low Rider ST berupa pakej audio Rockford Fosgate yang boleh disambungkan kepada peranti pintar menerusi Bluetooth, dan turut merangkumi sistem amplifier 250 watt dengan teknologi pemprosesan gelombang digital (DSP), sepasang woofer 5.25 inci dan sepasang tweeter.
 

ST


Harga jualan di Malaysia bermula dari RM115,900 (RM129,500 untuk versi ST) dan boleh didapati dalam warna Vivid Black atau Gunship Gray.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 15 April, pelanggan boleh menyaksikan barisan motosikal Harley-Davidson® 2023 merentasi…
Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, Nightster 2022 dikuasakan oleh nadi v-twin Revolution Max 975T bersesaran 975 cc…
Pelancaran Motosikal
Dimulakan dengan model Street BobTM, ia dikuasakan oleh enjin serba baharu Milwaukee-EightTM 1,868…