Harley-Davidson LiveWire - harga bermula dari RM122k di pasaran US

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama menunggu, Harley-Davidson akhirnya mendedahkan secara rasmi spesifikasi teknikal motosikal elektrik pertama mereka, LiveWire.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun spesifikasi yang dibekalkan amat terhad, motosikal elektrik ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang daripada 3.5 saat, terima kasih kepada 100% daya kilas yang dibekalkan. 

Dengan kuasa dan kapasiti bateri yang enggan didedahkan kepada umum, LiveWire mampu mencapai jarak sejauh 177 km untuk kegunaan di dalam bandar. 
 


Untuk mengecas pek bateri yang kehabisan tenaga ketika mengembara, slot pengecasan biasa di rumah mampu memberikan jarak sekitar 20.9 km untuk setiap jam yang dihabiskan. 

Manakala sistem pengecasan pantas Level 3 pula mampu mengecas penuh pek bateri dalam masa kurang daripada sejam, memberikan jarak operasi yang lebih jauh sekitar 309 km. 
 


Harley-Davidson LiveWire juga turut hadir dengan paparan skrin sentuh bersaiz 4.3 inci, selain dilengkapi ciri H-D Connect Service yang boleh dihubungkan kepada aplikasi mudah alih Harley-Davidson. 

Sistem ini membolehkan pemilik memantau status pengecasan motosikal ini dengan mudah selain memeriksa jarak operasi yang masih tersisa sebelum bergerak mencari stesen pengecasan terdekat. 
 


Sistem GPS terbina dalam turut membenarkan motosikal ini dikesan lokasinya menerusi aplikasi mudah alih, dan ia amat berguna dalam situasi seperti kecurian. 

Harga jualan Harley-Davidson di US bermula dari $29,799 (RM122,533++). Ia sudah boleh ditempah manakala penghantaran awal pula bermula musim luruh ini. 
 


Selain daripada LiveWire, Harley Davidson turut memperkenalkan dua buah konsep motosikal elektrik, di mana 'motosikal' ini mampu dioperasikan walaupun penggunanya tidak memiliki sebarang lesen memandu. 

Melihatkan kepada gambar yang dibekalkan, salah sebuah daripada konsep tersebut menyerupai sebuah dirt bike yang serba minimalis, manakala sebuah lagi seakan-akan sebuah skuter untuk kegunaan jarak dekat. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…