Harley-Davidson lancar sportster baharu, Iron 1200 dan Forty-Eight Special!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengeluar motosikal kelahiran Amerika Syarikat (AS), Harley-Davidson baru-baru ini telah memperluaskan lagi portfolio rangkaian sportster mereka tahun ini menerusi siri pengenalan Iron 1200 dan Forty-Eight Special.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, kedua-dua model dibangunkan atas platform Sportster 1200cc.

Seperti diketahui, model Sportster menawarkan kombinasi sempurna dari segi saiz, kuasa dan karakter yang mampu memenuhi kehendak pelbagai penunggang.

Memetik Visor Down sebagai berkata, warna dan rekaan garang era 1970-an menjadi inspirasi penghasilan kedua-duan model baharu berkenaan.

Membelek spesifikasi dimiliki Iron 1200, nadi enjin 1202cc V-twin tersebutberupaya menghamburkan puncak tork setinggi 98Nm.

Tidak terhad di situ sahaja, Iron 1200 tersedia dengan ciri standard ekzos dan rim dengan sembilan jejari bersaiz 19 inci di bahagian hadapan manakala 16 inci pula belakang.

Beralih ke Forty-Eight Special pula, ia dipasangkan dengan tangki minyak kacang kecil berkapasiti 8.3 liter selain aplikasi bar hendal Tallboy.

Sebagai permulaan, Iron 1200 dan Forty-Eight Special didatangkan dengan pilihan warna hitam, merah dan putih untuk disesuaikan mengikut citarasa pengguna.

Harley-Davidson menawarkan tag harga serendah £9,395 (RM51,420) bagi Iron 1200 sementara untuk Forty-Eight Special pula berjumlah £9,995 (RM54,704) seunit.

Bagaimanapun, kedua-dua model berkenaan hanya untuk kegunaan pasaran di AS sahaja buat masa sekarang.

Belum dapat dipastikan sama ada ia bakal memasuki pasaran tempatan atau tidak dalam tempoh terdekat ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…