Harley-Davidson JB bakal dibuka - peluang pekerjaan untuk warga Johor

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama motosikal Amerika Syarikat, Harley-Davidson bakal membuka dewan pameran kelimanya di Johor Bahru.

Terletak di tapak dewan pameran Volvo lama berhampiran dengan pintu Istana Bukit Serene, ia akan beroperasi di bawah syarikat Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Goh Brothers juga menguruskan operasi dewan pameran Harley-Davidson di Petaling Jaya dan di Pulau Pinang, di bawah lantikan Didi Resources Sdn Bhd, iaitu pengedar tunggal jenama motosikal US tersebut untuk Malaysia.

Dewan pameran di Johor Bahru itu adalah sebesar 12,000 kaki persegi dan mempunyai kapasiti untuk mempamerkan kesemua barisan model Harley-Davidson yang dijual di Malaysia.

Juga bakal ditawarkan ialah aksesori, barangan merchandise rasmi dan alat ganti tulen Harley-Davidson.

Perkhidmatan servis juga turut disediakan dengan jaminan kualiti teknikal yang terbaik.

Menurut Pengerusi Goh Brothers Capital, Goh Kian Sin, syarikat percaya dengan jenama Harley-Davidson dan kerana itu ia mahu membuat pelaburan di Johor Bahru.

Pasaran motosikal besar di Johor Bahru adalah yang ketiga terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Untuk mereka yang berminat bekerja bersama Harley-Davidson, di bawah ialah senarai pekerjaan yang ditawarkan.

  • Perunding Jualan
  • Perunding Servis
  • Juruteknik Kanan
  • Perunding Butik
  • Perunding Alatganti dan Aksesori
  • Eksekutif Alatganti dan Gudang
  • Eksekutif Pengurusan dan Operasi
  • Eksekutif Kewangan

Permohonan boleh dihantar kepada  [email protected]

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…
Berita Global
Tidak seperti operasi mereka di Thailand di mana hanya pemasangan sahaja dilakukan, Harley berminat…
Informasi
  Ibnu Robi berkata, pekerjaan itu dilakukan secara sambilan sejak tiga minggu lalu untuk…