Harley-Davidson HD350 - akan dibina oleh Qianjang/Benelli

oleh HEZERI SAMSURI|
Harley-Davidson, jenama premium dari US telah mengumumkan bahawa ia akan menghasilkan sebuah model kemasukan dengan enjin sekecil 338 cc untuk pasaran-pasaran baharu.

Berita terkini Projek HD350 itu ialah ia akan dibina oleh syarikat dari China, Qianjang Motorcycle yang juga menjadi pemilik Benelli.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Harley-Davidson dilaporkan mahu mencari rakan strategi yang mampu menghasilkan model HD350 itu dengan kos yang rendah kerana pasaran sasaran ialah negara-negara membangun.

Pasaran baharu ini ialah untuk pembeli yang lebih pentingkan jenama tetapi tidak mahu membayar harga yang tinggi. Prestasi dan nilai sejarah jenama itu tidak begitu penting untuk kelompok pembeli tersebut dan Harley-Davidson nampaknya sudah faham akan fakta itu.

Beberapa laporan media barat turut bersetuju dan tidak menyangkal model HD350 itu akan meninggalkan tradisi enjin kembar susunan V yang ikonik untuk jenama itu.

 


 

 

Harley-Davidson dikatakan akan menggunakan enjin 300cc kembar selari (parallel twin) milik Qianjang/Benelli, tetapi dengan saiz gerek yang dibesarkan untuk menjadikan ia bersaiz 338 cc.

Lakaran HD350 yang muncul sejak Jun dahulu juga menunjukan ciri-ciri yang sama seperti model Benelli 302S, lengkap dengan kerangka Trellis.

HD350 dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020 dan harga untuk pasaran India ialah dalam lingkungan Rs3.5 lakh atau RM20,000.

Seteru utama untuk model HD350 ialah dari jenama tempatan India, Enfield Bullet. Nampaknya demi untuk menjamin Harley-Davidson masih terus wujud, ia sanggup menurunkan jenamanya ke tahap yang begitu rendah.

* Laporan diasaskan dari artikel Financial Express

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…
Berita Global
Tidak seperti operasi mereka di Thailand di mana hanya pemasangan sahaja dilakukan, Harley berminat…
Informasi
  Ibnu Robi berkata, pekerjaan itu dilakukan secara sambilan sejak tiga minggu lalu untuk…