Harley-Davidson FXDR 114 di Art of Speed 2019 - harga dari RM122,500

oleh Mohamad Hanif|
Mengambil kesempatan bersempena acara tahunan Art of Speed, Harley-Davidson memperkenalkan model terbaharu FXDR™ 114 bertempat di Hall A, MAEPS semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Motosikal cruiser itu merupakan model ke-sepuluh Harley-Davidson berdasarkan platform Softail™ yang diperkenalkan pada tahun lalu. 

Memfokuskan kepada pengurangan berat total, Harley-Davidson banyak menggunakan komponen yang ringan seperti swingarm daripada aluminium, rim aluminium depan dan belakang, sub-rangka aluminium kimpal serta seksyen belakang daripada bahan komposit. 
 


Talaan kepada casis juga turut diberikan perhatian bagi memberikan tunggangan yang lebih menyenangkan di dalam trafik urban dan juga jalan yang berliku. 

HD FXDR 114 menampilkan sistem suspensi belakang Softail monoshock dengan teknologi free-piston dalaman dan sudut yang dioptimasikan antara rangka dan swingarm untuk jarak dan respon suspensi yang lebih baik.

 


Di hadapan pula menampilkan fork terbalik 43 mm dan dibantu dengan penggunaan teknologi penyerap hentakan katrij tunggal dan spring tiga perkadaran untuk memastikan tayar sentiasa kekal berada di atas jalan ketika proses membrek. 

Membantu memberhentikan motosikal ini adalah sistem brek dengan cakera berkembar 300 mm dan sistem ABS yang didatangkan sebagai ciri standard. 

 

HD FXDR 114 dikuasakan oleh enjin paling berkuasa didatangkan pada casis Softail, iaitu Milwaukee-Eight 114 V-Twin yang tidak dinyatakan kuasanya akan tetapi hadir dengan daya kilas 158 Nm @ 3,500 rpm. 

Rekaan kemasukan udara pula diambil inspirasi daripada motosikal drag World Champion Screamin' Eagle/Vance & Hines - meningkatkan kadar aliran udara kepada enjin. 

Kadar gegaran daripada enjin pula dikurangkan terima kasih kepada pengimbang berkembar dan meningkatkan kadar keselesaan ketika tunggangan. 
 


Harga jualan bagi FXDR bermula dari RM122,500 dan bagi mereka yang berjaya mendaftarkan cruiser ini sebelum 30 November 2019 akan menerima sistem muffler Screamin' Eagle Titanium serta baucer bernilai RM4,200 untuk membeli aksesori tunggangan. 

FXDR 114 ditawarkan dalam enam warna menarik iaitu Vivid Black, Black Denim, Industrial Gray Denim, Wicked Red Denim, Bonneville Salt Denim, and Rawhide Denim.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…