Harley-Davidson bakal lancar program motosikal pra-milik di US

oleh Mohamad Hanif|
Harley-Davidson merupakan antara jenama motosikal terkemuka yang mengalami penurunan angka jualan model baharu yang ketara di Amerika Syarikat, namun mengejutkan apabila permintaan terhadap motosikal terpakai jenama itu kian meningkat.

Melihatkan kepada keadaan itu, Harley-Davidson diberitakan akan melaksanakan strategi pemulihan untuk tempoh lima tahun bagi memperluaskan lagi daya tarikan jenama itu melangkaui penunggang berusia dan golongan berada.

Salah satu daripada langkah yang bakal dilaksanakan adalah memperkenalkan program pemilikan motosikal pra-milik yang sah.

Menurut Jochen Zeitz selaku ketua eksekutif Harley-Davidson menjelaskan, "kami percaya program ini bakal meningkatkan permintaan terhadap motosikal Harley-Davidson, serta meningkatkan pengalaman pelanggan kami.

 


Program ini bakal menyenaraikan motosikal yang berusia sehingga lima tahun dengan jarak perbatuan 40,000 km, dan setiap model akan diperiksa dan dijamin dengan waranti selama 12 bulan terhad.

Ia akan dilancarkan lewat bulan April ini di mana lebih 300 buah pengedar bersedia untuk menawarkan program tersebut, dan para pembeli motosikal pra-milik ini juga boleh mendapatkan program pembiayaan rasmi menerusi Harley-Davidson.

Menurut pakar analisis di Wedbush Securities, James Hardiman berkata, "pesaing terbesar motosikal baharu Harley-Davidson bukanlah motosikal Indian, Honda, atau Suzuki, sebaliknya motosikal terpakai Harley-Davidson.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…
Berita Global
Kempen panggil semula ini dilakukan melibatkan isu perisian yang menentukan bila lampu brek pada…
Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, enjin bersesaran 1,250 cc dengan sejukan cecair itu berupaya menghasilkan angka…