Harley-Davidson bakal guna LiveWire sebagai jenama EV tersendiri

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2018, Harley-Davidson telah memperkenalkan motosikal elektrik LiveWire sebagai satu cubaan baharu untuk mensasarkan golongan pembeli yang berbeza, dengan trenkuasa elektrik berkuasa 105 hp dan jarak operasi sejauh 235 km.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selari dengan perkembangan semasa yang kini semakin ke arah kepada penggunaan kenderaan elektrik, Harley membuat keputusan untuk menjadikan LiveWire sebagai sebuah jenama baharu motosikal elektrik.

Menurut laporan, jenama baharu LiveWire ini akan mendefinisikan semula motosikal elektrik serta menjanjikan pengalaman tunggangan yang terbaik untuk penunggang urban, lengkap dengan jiwa dan juga personaliti yang tersendiri.

 


Harley juga akan turut memperkenalkan motosikal pertama berjenama LiveWire itu pada acara International Motorcycle Show 18 Julai ini.

Difahamkan, ia merupakan 'kemaskini' kepada model LiveWire sedia ada dengan beberapa perubahan dikesan seperti lencana LiveWire bagi menggantikan penjenamaan Harley-Davidson sedia ada.

Harley-Davidson juga akan melakukan transformasi terhadap pengedar-pengedar sedia ada dengan menggandingkan format kedai jualan fizikal dan digital bagi menawarkan pengalaman LiveWire yang menyeluruh kepada pelanggan.

 


Menurut CEO Harley-Davidson Jochen Zeitz menjelaskan, "salah satu daripada tuang utama Strategi Hardwire adalah untuk menjadi peneraju di dalam elektrik - dengan melancarkan LiveWire sebagai jenama elektrik sepenuhnya, kami menggunakan peluang yang ada untuk mendefinisikan semula pasaran EV.

Beliau turut menambah, LiveWire akan mempelopori masa hadapan motosikal dan berazam untuk menjadi jenama motosikal elektrik yang paling diingini dalam dunia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…