Hari Terbuka MAI buka peluang pekerjaan dan perniagaan buat rakyat Sabah

oleh Mohamad Hanif|
Hari Terbuka MAI dianjurkan Malaysia Automotive Institute (MAI), berlangsung pada 15 September 2018, bertempat di Dewan Foo Chow, Penampang, Sabah. Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Darell Leiking, Menteri MITI.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hari Terbuka MAI dianjurkan bagi membawa pengenalan kepada industri automotif tempatan dan program-program anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) terus kepada warga Sabah.

 

Program-program kerjaya anjuran MAI membuka peluang kepada mereka yang berminat memulakan kerjaya di dalam bidang automotif, bermula dari lepasan SPM sehingga lepasan ijazah.
 


Program-program ini dirangkum bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja yang seiring dengan kehendak industri automotif terkini, menerusi latihan teori dan praktikal secara langsung dengan kerjasama daripada pihak industri.


Antara program yang dipromosikan di Hari Terbuka MAI adalah IPC Pengilangan, AICE Industri Automotif dan IPC Mekanik.

 

Bagi mereka yang sudah pun berkecimpung di dalam industri automotif, terdapat juga program khusus untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan dan pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia. Program latihan ini juga disediakan bagi mereka yang berumur seawal 16 tahun dan ke atas.

 

Paling menarik, biasiswa penuh bagi bakal-bakal sarjana melalui dana berjumlah RM 500,000 ditawarkan. Tambahan pula, dana berjumlah RM 500,000 ditawarkan bagi calon-calon ijazah kedoktoran, dengan peluang penyelidikan di Australia.
 


Terdapat juga program-program yang ditawarkan meliputi aspek keusahawaan seperti peningkatan jualan dan keuntungan serta teknik-teknik pemasaran secara digital. Antara program tersebut ialah, Workshop Transformation Program (WTP), Dealers Entrepreneurship Enhancement Program (DEEP) dan Pemasaran Digital.

 

Pengunjung ke Hari Terbuka MAI juga ditawarkan pemeriksaan kereta secara percuma anjuran MAI, “Car Care Week” (CCW) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kenderaan secara berkala. Bukan itu sahaja, pengunjung program CCW diberi baucar daripada Montis F1 Workshop bernilai RM50.

“Salah satu komponen penting dalam membawa industri automotif ke peringkat global adalah penyertaan rakyat di dalam industri ini.

"Penyertaan ini tidak terhad hanya kepada mereka yang berkecimpung di dalam industri ini sebagai peniaga ataupun pekerja, malahan budaya dan minat yang tinggi dalam sektor automotif di kalangan rakyat jelata,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Tuan Ignatius Darell Leiking.
 


“Trend global juga sedang menuju ke arah pembuatan kenderaan berteknologi tinggi, yang bakal meluaskan lagi skop kemahiran yang diperlukan oleh industri automotif di masa hadapan. Banyak peluang baharu yang bakal muncul seperti analisa data, pengurusan inventori, pemeriksaan kenderaan mahupun modifikasi aksesori kenderaan,” tambahnya lagi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Dato’ Madani Sahari menyahut seruan Menteri MITI di dalam membuka lebih banyak peluang kerjaya seiring dengan keperluan industri.

 

“Terdapat lebih dari 700,000 ribu pekerja di dalam sektor automotif pada hari ini. Lebih ramai lagi tenaga mahir diperlukan untuk membawa Malaysia ke peringkat seterusnya – dengan menjana lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi melalui pemerkasaan syarikat-syarikat automotif yang mempunyai keupayaan daya saing yang lebih tinggi,” kata Dato’ Madani.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…