Hari Sukan Negara: Beberapa jalan di Little India, Brickfields ditutup Sabtu ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Beberapa jalan raya di sekitar pekan Little India, di sini akan ditutup bermula 7.30 pagi sempena progam sambutan Hari Sukan Negara peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Sabtu ini.


Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata antara jalan raya yang ditutup sepanjang program itu berlangsung ialah Jalan Tun Sambathan dan lorong-lorong masuk ke Jalan Tun Sambathan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau meminta kepada semua pengguna jalan raya khasnya pengguna di sekitar pekan Little India untuk merancang semula perjalanan mereka.

 

"Ia adalah bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau tersangkut dalam kesesakan jalan raya berikutan penutupan jalan sepanjang program berlangsung," katanya dalam kenyataan hari ini (Khamis).

 

Amihizam menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi segala arahan pihak polis bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang program berlangsung.

 

 

Kosmo