Hari Raya cara Euro5 memang lebih meriah!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap tahun, Hari Raya adalah antara hari yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Seperti biasa, setiap tahun saya akan pulang berhari raya di Muar, Johor. Dan seperti biasa, saya akan membawa dua buah kenderaan untuk pulang - sebuah MPV dan sebuah trak pikap untuk membawa barangan dapur dan untuk urusan ke pasar.

You see, rumah pusaka arwah atok dan nenek di Parit Lapis Darat ini akan memuatkan lebih dari 70 orang sanak-saudara setiap kali hari raya. Pada hari-hari lain, ia tiada penghuni dan jiran sebelah diupah untuk membantu menjaga kebersihannya.

Seronok bila makcik, pakcik, sepupu, anak saudara semua berkumpul di bawah satu bumbung untuk beberapa hari. 

Yang tak seronok ialah bab di mana ramai yang terlupa - menguruskan makanan mereka. Berpuluh ekor ayam, berpuluh kilo daging dan pelbagai barangan dapur perlu dibawa dari pasar ke rumah dan trak pikap memang paling sesuai untuk tugasan itu.

 

kia carnival

 

MPV pula membawa keluarga saya ke rumah saudara di sekitar Johor, tugas yang berat kerana ada banyak rumah dan penumpangnya semua kekenyangan. Jadi perkara paling menyampah sekali ialah bila kita terpaksa berhenti untuk mengisi minyak.

Kerana itu, MPV saya menggunakan enjin diesel dan setangki penuh mampu pergi sejauh 700 km.

Tetapi, ia bergantung kepada jenis bahan api yang saya gunakan kerana mengikut pengalaman saya, enjin diesel adalah antara yang paling sensitif dengan penggunaan bahan api.

Antara perbezaan yang kita boleh teruskan rasakan ialah kelancaran enjin ketika melahu, bunyi enjin itu sendiri, kuasa pecutan, tork ketika mendaki bukit dan jarak perjalanan yang boleh dicapai.

Tahun ini, Shell Malaysia menjemput saya untuk mencuba bahan api Shell Fuelsave Diesel Euro 5 dengan Dynaflex untuk kedua kenderaan saya ketika hari raya. 

 

refuelling

 

Ada ke stesen minyak yang menjual diesel Euro 5 di Muar?

Ah, sebenarnya, diesel Euro 5 mula diperkenalkan di negeri Johor dahulu. Ini ialah kerana persatuan lori-lori telah membuat aduan bahawa lori mereka diharamkan dari memasuki Singapura untuk menghantar barang kerana pencemaran asap.

Untuk memastikan asap lori mereka mengikut piawaian yang dikenakan oleh kerajaan Singapura, bahan api diesel Euro 5 diperlukan dan pihak Malaysia Automotive Institute (MAI), sebuah agensi di bawah MITI berusaha untuk memastikan syarikat bahan api menawarkan bahan api jenis itu di negeri Johor.

Kerana itu, pelancaran diesel Euro 5 dilakukan di sebuah stesen minyak di R&R Machap, dan selepas itu diesel Euro 5 terus ditawarkan di serata negara.

Di Muar, memang ada beberapa stesen minyak Shell yang menawarkan diesel Euro 5. Sebenarnya, mudah untuk dicari jika kita memuat turun aplikasi Shell Malaysia.

Aplikasi tersebut bukan sahaja menyenaraikan semua stesen minyak Shell, kita boleh menapis pencarian kita untuk mencari hanya stesen minyak Shell yang menjual diesel Euro 5 dan kemudian aplikasi itu menggunakan aplikasi Google Map untuk membawa kita ke lokasi tersebut.

 

refuelling 2

 

Tetapi Alhamdulillah, sepanjang seminggu saya di Muar, saya hanya perlu mengisi minyak MPV saya dua kali, dan trak pikap itu sekali sahaja kerana keduanya mempunyai jarak perjalanan setangki yang jauh.

Trak pikap saya sebenarnya sudah lama menggunakan bahan api Shell Euro 5, dan jarak perjalanan dari setangki Shell Euro 5 mampu mencapai 500 ke 550 km. Namun begitu, sejak Shell menggunakan formula terbaharu Dynaflex, trak pikap saya itu pula mampu mencapai jarak 550 ke 600 km. 

Enjin pula menjadi lebih senyap, kurang gegaran dan prestasi memecut sangat terasa peningkatannya. Trak pikap saya itu dengan mudah bergerak sejauh 580 km selama seminggu di kampung. 

Trak Ford Ranger standard mungkin dengan senang mencapai jarak perjalanan dalam 600 km tetapi trak saya bukan lagi standard. Ia sudah menggunakan kombinasi tayar dan roda yang lebih besar dan berat serta modifikasi pada sistem ekzos dan lain-lain. 

Untuk MPV saya pula, mungkin kerana ia masih baharu, enjinnya memang sentiasa senyap. Cuma perubahan ketara yang dirasakan ialah kekuatan daya kilas atau tork yang membantu MPV Kia Grand Carnival ini mendaki bukit dengan lebih mudah, walaupun sarat dengan muatan.

 

bas skolah kia

 

Jika dibandingkan dengan MPV besar berenjin 2.5L petrol, Kia Grand Carnival ini umpama Ferrari ketika mendaki bukit, meninggalkan MPV perasan sporty itu lebih kurang 40 tiang.

Saya sebenarnya menganggarkan saya akan menghabiskan dalam RM600 untuk kos bahan api selama seminggu berhari raya untuk kedua-dua kenderaan besar itu.

Namun akhirnya, kos bahan api saya berada di bawah RM500! Alhamdulillah, dapat juga berjimat dan duit itu akan saya simpan untuk kegunaan lain yang berfaedah, seperti mencari roda aloi baharu atau memasang bodykit untuk bas Korea saya itu.

Apa pun, saya rasa Shell Fuelsave Diesel Euro 5 dengan Dynaflex memang memberikan lebih kuasa dan ya, lebih kilometer untuk saya sekeluarga berhari-raya.

 

refuelling 3

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…