Hari Raya Aidilfitri 2024 - KTMB tawar 295,608 tiket bermula Isnin ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 295,608 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi perjalanan dari 5 April hingga 16 April 2024 sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, jualan tiket akan dibuka bermula Isnin ini (30 Oktober 2022)
bagi tempoh perjalanan sehingga 30 April 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, tiket akan dijual bermula jam 12 tengah hari manakala bagi perkhidmatan KTM Intercity (Tebrau) pula akan dibuka pada jam 10 pagi.

“Orang ramai sudah boleh membuat perancangan awal terhadap pembelian tiket perjalanan terutamanya semasa musim perayaan bagi mengelakkan ia habis terjual.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, tiket pada tarikh-tarikh sebelum dan selepas sambutan perayaan sangat laris dijual,” katanya pada Sabtu.

Tambahnya, KTMB turut menawarkan tren ETS tambahan sempena cuti persekolahan penggal ketiga bermula 15 Disember sehingga 1 Januari 2024 bagi laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar.

“Ia akan mula dijual bermula 1 November pada jam 10 pagi iaitu tawaran sebanyak 630 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhannya 11,340 termasuk koc kelas perniagaan.

“Masa berlepas tren dari Padang Besar ialah jam 11 pagi dan tiba di KL Sentral pada 4.36 petang manakala KL Sentral ke Padang Besar pula akan berlepas jam 5.05 petang dan tiba pada jam 10.34 malam,” ujarnya.

Penambahan tersebut untuk menampung permintaan tiket kereta api yang tinggi semasa musim cuti sekolah dan juga sambutan Hari Natal.

 

Sinar Harian