Hari Pertama Vios Challenge - Hayden Haikal, Tengku Djan ungguli kategori masing-masing!

oleh Mohamad Hanif|
Bukan calang-calang pelumba!

Kategori Sporting Class hari ini mencuri tumpuan apabila pelumba muda, Hayden Haikal berjaya meraih tempat pertama pada hari pertama Vios Challenge di Stadium Batu Kawan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih mengejutkan apabila pelumba muda yang bermula dari petak kedua berjaya mencatatkan masa terpantas pusingan 1:16.669 dengan kelajuan purata 78.11 km/j di litar jalanan tersebut. 

Tempat kedua disandang oleh Kenneth Koh (Panglima City Racing Team) dengan catatan masa pusingan 1:17.219 manakala ditempat ketiga pula Adam Khalid (Crestmax Motorsports) dengan catatan masa 1:17.222. 

Walaupun bermula dari petak pertama, Mirza Syahmi Mahzan (Aylezo Motorsports) tidak berjaya menamatkan perlumbaan apabila sekadar menghabiskan lima pusingan sahaja.  

 

Super Sporting Class


Tengku Djan Ley (23 Motors) beraksi cemerlang di hari pertama dengan mengekalkan penguasaan di kedudukan teratas dengan catatan masa terpantas 1:15.615 dan kelajuan purata 73.17 meninggalkan Mark Darwin (Laser Motor Racing) di tempat kedua dan Brendan Paul (Dream Chaser) di tempat ketiga. 

Di tempat keempat, Boy Wong mendahului William Ho dengan perbezaan masa 0.2 saat, diikuti oleh Freddie Ang (Telagamas Toyota) di tempat keenam dan Syafiq Ali (M7 Jalan Project Team) di tangga ketujuh. 

Sementara itu, Keeny Lee (Kegani Racing) tidak mampu menghabiskan perlumbaan yang berbaki lagi kira-kira 13 pusingan. .

 

Promotion Class


Bermula dari petak teratas, Shawn Lee terus selesa mendahului pusingan pertama di Stadium Batu Kawan dengan catatan masa 1:20.656 diikuti oleh Nabil Ahmad ditempat kedua dan Shukri Yahaya di tempat ketiga. 

Nabila Razali pula mendahului persaingan antara pelumba wanita apabila berjaya meraih tempat keempat diikuti oleh Wany Hasrita dan Janna Nick, sementara Akio Takeyama pula terpaksa berpuas hati di tangga kesembilan. 

 


Dua pelumba di dalam kategori Promotion Class yang tidak dapat menghabiskan perlumbaan adalah Syafiq Kyle (19 pusingan) dan Ain Edruce yang sekadar menghabiskan lapan pusingan sahaja. 

Dengan prestasi pada hari pertama yang agak mengejutkan ini, bagaimana pula dengan semangat pelumba-pelumba untuk menghadapi pusingan kedua pada keesokan hari?

Usah lepaskan peluang untuk merasai sendiri debaran dan aliran adrenalin mengalir di dalam salur darah anda di Stadium Batu Kawan, litar jalanan terakhir untuk Festival Toyota Gazoo Racing musim ketiga ini. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Beliau berjaya memenangi perlumbaan pada hari pertama dan menduduki tempat ketiga pada hari…
Sukan Bermotor
Ini bukanlah perlumbaan antarabangsa pertama bagi Hayden, dia sebelum ini telah mempamerkan aksi…
Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…