Hari Keluarga Pemilik Nissan Serena S-Hybrid (SSHOG Malaysia) Di Tanjung Malim

oleh Arahman Crew|
Sempena cuti sekolah baru-baru ini, banyak kelab kereta yang mengambil kesempatan melakukan aktiviti-aktiviti untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli dan keluarga.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak ketinggalan juga pemilik Nissan Serena S-Hybrid (SSHOG Malaysia) melakukan aktiviti Hari Keluarga di Pasir Putih Resort, Tanjung Malim.

Family Day SSHOG ini pada awalnya dicadangkan oleh ahli Gombak sekadar kecil-kecilan, dan secara tak sengaja telah mendapat sambutan baik. Sebanyak 15 buah Nissan Serena dari model C26 CBU, C26 CKD serta model terbaharu C27 dari seluruh Malaysia telah memeriahkan aktiviti ini.

SSHOG yang telah ditubuhkan pada awal tahun 2014 ada awalnya sekadar untuk berkongsi pendapat dan menyelesaikan masalah berkaitan teknikal pada Nissan Serena S-Hybrid kini menjadi lebih akrab dan pelbagai aktiviti kekeluargaan yang telah dijalankan sepanjang 4 tahun penubuhannya.

Konvoi yang bermula seawal jam 9 pagi di R&R Rawang terus ke Tol Tanjung Malim dan di sambut oleh ketua program iaitu Prof Ikhwan. Kesemua peserta dibawa ke Pekan Tanjung Malim (Bandar Belia) yang penuh dengan hasil seni jalanan yang kreatif dan memukau, Peserta sempat bersarapan pagi di Kedai Ayah Din (Mee Kicap) di bandar tersebut.

Kepada yang berminat menyertai boleh ke laman FB SSHOG

https://www.facebook.com/groups/135414350001499/?ref=br_rs

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…