Hari Kedua Vios Challenge - Pelumba usia 15 tahun juara Kelas Sporting

oleh HEZERI SAMSURI|
Perlumbaan pusingan pertama untuk siri Vios Challenge di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu semalam berakhir dengan muka-muka baharu yang berjaya menaiki podium.

Acara Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung selama dua hari sejak Jumaat lalu melibatkan perlumbaan yang menggunakan jentera Vios baharu untuk berentap di litar jalanan sepanjang 1.65 km.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
haydan


Kelas Sporting (Perlumbaan Kedua)

Hayden Haikal yang berusia 15 tahun muncul juara dalam kelas di hadapan Wong Chin Eeg dari Hiewa Racing Team dan Kenneth Koh dari Panglima City Racing untuk Perlumbaan Kedua semalam.

Tahun lalu, Hayden (gambar di atas) mula bertanding di dalam siri Vios Challenge ini di litar yang sama dan bermula di petak kesembilan dan mengakhiri perlumbaan di tempat kesembilan juga.

Jumaat lalu, Hayden cuma mampu berada di tangga keempat dalam Perlumbaan Pertama bagi pusingan ini.

Semalam, Hayden dari S&D Motorsports membuktikan kepantasan beliau dengan memintas pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman.

Dari segi pungutan mata kejuaraan, Kenneth berada di tangga pertama setelah memenangi tempat pertama untuk Perlumbaan Pertama Jumaat lalu.

 

 

Kelas Promotional (Perlumbaan Kedua)

Jika Perlumbaan Pertama dimenangi oleh Shawn Lee, Perlumbaan Kedua semalam pula dimenangi oleh  penyanyi Wany Hasrita, diikuti oleh Nabila Razali dan Shukri Yahaya.

Perlumbaan semalam dimulakan lewat kerana hujan lebat yang turun selama setengah jam.

Selepas pihak penganjur bersetuju litar selamat untuk digunakan selepas air yang bertakung ditolak keluar oleh pihak marsyal, perlumbaan dimulakan dengan pelumba-lumba di belakang Safety Car.

Menurut Wany, keadaan litar sangat licin dan mencabar menyebabkan beliau lebih berhati-hati dan membrek lebih awal sebelum setiap selekoh.

Wany yang bermula di petak pertama diikuti rapat oleh Nabila. 

Shukri pula berusaha gigih untuk memotong pelumba-pelumba lain dan juga untuk menjarakkan diri dari Shawn.

Sayang sekali perlumbaan tamat selepas hanya 10 pusingan.

Diana Danielle cuma mampu untuk berada di tempat keempat.

Janna Nick tidak menamatkan perlumbaan selepas terlanggar tembok yang mneyebabkan kereta beliau rosak teruk.

 

 

Kelas Super Sporting (Perlumbaan Kedua)

Kelas paling mencabar dengan pelumba-pelumba veteran menyaksikan kebanyakan dari mereka mengekalkan kedudukan dari awal perlumbaan.

Pelumba Toyotsu Racing, William Ho menamatkan perlumbaan di tempat pertama, diikuti oleh Freddie ang dari Telagamas dan Kenny Lee dari Kegani Racing.

Tengku Djan Ley hanya mampu berada di tempat keempat selepas memenangi tempat kedua dalam Perlumbaan Pertama Jumaat lalu.

Walaupun ada aksi-aksi mencucuk dan juga insiden melanggar tembok, pelumba-pelumba kategori ini jelas kelihatan cuba menjaga disiplin dan jentera masing-masing kerana tidak mahu meneruskan perlumbaan Musim Ketiga ini dengan kereta lumba yang rosak.

 

 

Di bawah ialah senarai pememang-pemenang mata untuk Perlumbaan Pertama dan Kedua Pusingan Pertama siri perlumbaan Vios Challenge

RACE 2 ROUND 1 VIOS CHALLENGE 2019 

PROMOTIONAL
1. Wany Hasrita
2. Nabila Razali
3. Shukri Yahaya
4. Shawn Lee
5. Diana Danielle

SPORTING
1. Hayden Haikal           S&D Motorsports
2. Wong Chin Eeg         Hiewa Racing Team 
3. Kenneth Koh             Panglima City Racing
4. Dato’ Ken Foo           Kulim Topwheels
5. Haji Sutan Mustaffa

SUPER SPORTING
1. William Ho                Toyotsu Racing
2. Freddie Ang             Telagamas Toyota
3. Kenny Lee                Kegani Racing
4. Tengku Djan Ley      23 Motors
5. Boy Wong                ST Wangan


RACE 1 ROUND 1 VIOS CHALLENGE 2019 

PROMOTIONAL
1. Shawn Lee
2. Shukri Yahaya
3. Diana Danielle
4. Khai Bahar
5. Nabila Razali 

SPORTING
1. Kenneth Koh             Panglima City Racing
2. Clement Yeo             Distinctive Model
3. Dato’ Ken Foo           Kulim Topwheels
4. Hayden Haikal          S&D Motorsports
5. Wong Chin Eeg        Hiewa Racing Team

SUPER SPORTING
1. Mark Darwin             Laser Motor Racing
2. Tengku Djan Ley      23 Motors
3. Brendon Lim            Tedco Racing
4. Kenny Lee               Kegani Racing
5. Freddie Ang            Telagamas Toyota


  
  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…