Hari Integriti 2020 - PROLINTAS edar 100 ribu pelekat kesedaran di AKLEH, LKSA, GCE, SILK

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2020, PROLINTAS turut menyambut Hari Integriti 2020 bagi menunjukkan komitmen yang kuat terhadap amalan integrity dan nilai yang baik di setiap peringkat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hari Integriti PROLINTAS 2020 dengan mesej "Break the Corruption Chain" bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap visi untuk mencapai negara bebas rasuah dengan mengedarkan 100,000 pelekat kereta kepada pengguna lebuh raya kendalian PROLINTAS - AKLEH, LKSA, GCE dan SILK.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian urus Tadbir Sektor Awam SPRM, Dato' Nor Azmi Karim dan Ketua Pegawai Operasi (Komersil dan Kewangan) PROLINTAS, Malik Parves Ahmad, barisan pengurusan serta pekerja yang terlibat.

Hari Integriti PROLINTAS 2020 turut disertai oleh rakan kolaborasi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pusat Governans, Integriti & Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan Malaysia Corruption Watch (MCW).

Sebagai makluman, PROLINTAS telah diiktiraf oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd sebagai syarikat pengendali lebuh raya pertama di Malaysia yang dianugerahkan pensijilan sistem pengurusan anti rasuah antarabangsa (ABMS ISO 37001:2016).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…