Harga Vellfire/Alphard recond bakal naik bulan hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|
Harga jualan untuk unit-unit import baik-pulih atau reconditioned (recond) bagi model MPV mewah Toyota Alphard/Vellfire bakal meningkat bulan hadapan.

Ini ialah kerana menurut sumber Careta yang rapat dengan agensi berkaitan, cukai untuk model Toyota Vellfire/Alphard tahun 2014 dan ke bawah akan meningkat sekurang-kurangnya RM5,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jumlah sebenar kenaikan itu belum lagi dipastikan tetapi desas-desus mengenainya sudahpun di war-warkan kepada pengimport-pengimport kenderaan recond.

Menurut sumber Careta lagi, ia bukanlah sesuatu yang baharu. 

"Kementerian Kewangan akan meminta pihak kastam untuk mengkaji model mana yang semakin popular dan harganya semakin menurun. Model-model itu akan dikenakan cukai tambahan," terang beliau.

Sebelum ini, Careta diberitahu bahawa model recond Toyota Wish pernah mengalami kenaikan cukai.

Kenaikan tersebut bakal berlaku pada bulan Mac hadapan. 

* Gambar hiasan tiada kena mengena dengan laporan ini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
GMR telah pun beroperasi sejak tahun 2015, dan ini merupakan tahun kelima syarikat itu di dalam…
Berita Domestik
Menurut Aliff, 34, Pengarah Urusan Ifcon Technology dan juga bekas pelajar MRSM Batu Pahat, Scrut…
Berita Domestik
Manakan tidaknya, kereta nampak cantik sahaja di luar, hakikatnya kondisi kereta tersebut…