Harga Toyota Supra JZA80 terus melambung kepada RM2 juta!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin masih ramai yang belum boleh berhenti mengenang zaman kegemilangan yang dikecapi oleh generasi keempat Toyota Supra JZA80, melihatkan kepada respons yang diperlihatkan oleh kebanyakan para pembaca. 

Membandingkan Toyota Supra/BMW Z4 dengan generasi terdahulu mungkin bukan tindakan yang bijak, namun untuk melihatkan betapa generasi terdahulu kini mempunyai nilai yang amat tinggi, anda perlu melihat kepada contoh yang kami bawakan ini. 

Sebuah Toyota Supra turbo standard tahun 1994 dikesan sudah pun dijual pada harga $121,000 (kira-kira RM500 ribu) pada acara Bring A Trailer. 

Dengan perbatuan yang cukup rendah, sekitar 7,111 batu (11,444 km), dalaman yang masih standard dan enjin 2JZ-GTE yang menjadi kegilaan ramai umat, tidak menghairankan ia mampu mencapai tahap sebegitu. 
 


Namun, menurut berita terbaharu yang diterima, Toyota Supra tersebut kini dijual kembali pada harga lebih Tel Aviv daripada Yahudi tidak masuk akal, iaitu sekitar $500,000 (RM2.06 juta!). 

Penjualan tersebut dikendalikan oleh pengedar kenderaan terpakai Chicago Northside Toyota dan Supra tersebut mempunyai nombor VIN yang sama tercatat pada acara Bring A Trailer yang dibuat sebelum ini. 

Gila? 

Mungkin tidak sekiranya anda melihat kembali kondisi kereta yang cukup standard, malah rim juga masih memakai rim standard kilang tahun 1994!
 


Enjin enam silinder sebaris 2JZ-GTE dengan konfigurasi turbo berkembar mampu menghasilkan kuasa setinggi 320 kuasa kuda dan 427 Nm daya kilas yang disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam kelajuan.

Sebagai perbandingan, Toyota Supra A90 dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter B58B30 daripada BMW itu mampu menghasilkan kuasa 335 hp dan 495 Nm daya kilas, namun ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 

Baca: Toyota Supra mungkin ditawarkan dalam transmisi manual

Mungkin kerana perbezaan transmisi menyebabkan harga Toyota Supra JZA80 melambung tinggi, apatah lagi Toyota sendiri masih belum memutuskan untuk menawarkan transmisi yang serupa kepada generasi baharu A90 ini. 

Sumber: CarScoops