Ditawarkan dalam empat varian, perincian berkenaan setiap varian dijelaskan seperti berikut:
bZ4X Pure
-rim aloi bersaiz 18 inci
-sistem infotainmen lapan inci
-meter digital kombinasi tujuh inci
-kamera undur
-sistem kemasukan pintar
-kawalan iklim dengan fungsi operasi jarak jauh
-201 hp, pacuan roda depan
-£41,950 (RM235,101)
bZ4X Motion
penambahan ciri
-spoiler belakang
-kaca belakang privasi
-pintu belakang berkuasa elektrik
-penderia parkir
-tempat duduk depan dengan ciri pemanas
-sistem pencahayaan ambien
-pengecas peranti pintar nirwayar
-opsyen: bumbung panoramik kekal, rim aloi 20 inci, pakej keselamatan T-Mate dan bantuan pemandu
-£45,750 (RM256,398) untuk versi FWD 201 hp
-£48,350 (RM270,969) untuk versi AWD 215 hp

bZ4X Vision
-rim unik 20 inci
-penderia parkir belakang dengan fungsi brek automatik
-bantuan parkir kawalan jauh
-upholsteri kulit sintetik
-tempat duduk depan dengan ciri pemanas dan ventilasi
-roda stereng dengan ciri pemanas
-kunci digital
-penderia tendangan untuk pintu tailgate
-£47,650 (RM267,046) untuk versi FWD 201 hp
-£50,250 (RM281,617) untuk versi AWD 215 hp
Selain empat varian utama tadi, Toyota bZ4X juga boleh didapati dalam versi Premiere Edition yang menampilkan spesifikasi yang sama seperti model Vision, namun dengan penambahan ciri seperti bumbung panoramik, serta sistem audio premium JBL sembilan pembesar suara.
Ditawarkan eksklusif dalam pacuan semua roda, bZ4X Premiere Edition itu tadi dijual pada harga £51,550 (RM288,903).
Pesaing terdekat Toyota bZ4X merupakan Tesla Model Y yang ditawarkan pada harga yang lebih mahal, bermula dari £54,990 (RM308,182) untuk versi asas Long Range.
Baca: Toyota bZ4X 2023