Harga tambang feri Labuan naik RM2 bermula 15 Jun

oleh SALINA JALIL|
Harga baharu tambang feri penumpang dari Labuan ke tanah besar Sabah akan mula dilaksanakan bemula 15 Jun kata Ketua Pengawai Eksekutif Labuan Holdings Sdn Bhd selaku Pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan.


Beliau berkata selain daripada semakan semula harga harga tambang dari Labuan ke Menumbok yang telah lama tidak dilakukan, ia juga dilaksanakan bagi menyeragamkan harga tambang RM15 bagi perjalanan dari Menumbok, Sabah ke Labuan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kita akan mula laksanakan tambang feri daripada RM13 ke RM15 bermula 15 Jun," katanya kepada Bernama hari ini.

 

Ridzuan berkata kadar tambang itu sepatutnya dinaikkan pada 2017, namun telah ditangguhkan.

 

"Kenaikan tambang itu telah diluluskan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah pada 2017, namun tidak dilaksanakan dan ia sebenarnya bukanlah semata-mata kenaikan, tetapi ia lebih kepada penyeragaman," katanya.

 

"Kami tidak pernah mengenakan bayaran penggunaan terminal dan surcaj kepada pengembara, walaupun syarikat pengurusan melakukan kerja-kerja pendaftaran penumpang," katanya.

 

Namun demikian Ridzuan berkata pengguna pada masa ini hanya perlu membayar 50 peratus daripada harga sebenar kerana adanya subsidi yang diberikan kerajaan bagi perjalanan dua terminal feri Labuan ke Menumbok.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…
Informasi
  'MERBAU ERA' kemudiannya menuju ke Batam dan selamat tiba bersama 62 penumpang terbabit,menurut…