Harga Suzuki Katana 2019 - bermula dari RM84,500 untuk pasaran Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Aneh. 

Tiada sebarang pengumuman, tiada sebarang khabar berita, namun Suzuki Assemblers Malaysia selaku pemegang hak jenama motosikal Suzuki di Malaysia secara senyap telah mendedahkan harga jualan sebenar bagi Suzuki Katana yang ditunggu-tunggu menerusi komen di laman Facebook.

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu sudah pun disahkan memasuki pasaran Malaysia, dan harganya bermula dari RM84,500. 

Menurut rakan media Mekanika, mereka telah melakukan semakan terhadap beberapa pusat pengedar Suzuki dan jangkaan jualan hanya akan bermula September nanti. 
 


Enjin empat silinder sebaris Suzuki Katana mampu menghasilkan 150 PS dan 108 Nm, serta turut dilengkapi tiga mod sistem kawalan cengkaman dan fungsi bantuan rpm rendah. 

Rangka yang digunakan adalah jenis ringan daripada siri GSX-S1000.

Ciri-ciri lain ialah slipper clutch, brek Brembo dengan ABS, lampu LED, fork USD KYB dan tayar Dunlop Roadsport 2 120/70 R17 di depan dan 190/50 R17 di belakang.

 


Sebagai perbandingan, harga Suzuki Katana UK ialah £11,399 (RM 61,444) dan tambahan £999 (RM 5,385) membolehkan pembeli menerima pek aksesori Samurai.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…