Harga siling petrol RON95 dan diesel dibatalkan

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Persekutuan telah membatalkan perintah harga siling terhadap minyak petrol dan diesel melalui Warta Kerajaan bertarikh 3 Jun lalu.

Berdasarkan Warta Kerajaan itu, Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) (No 8) (Pembatalan) 2020, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) dibuat Pengawal Harga, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad pada 10 April lalu dengan kelulusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.


Ia membatalkan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) (No 8) 2020 [PU (A) 64/2020].
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Bagaimanapun, tiada maklumat lain mengenai pembatalan itu dalam Warta Kerajaan yang turut dibuat dalam bahasa Inggeris.

 

Perintah itu membatalkan perintah yang dibuat pada Februari lalu yang menetapkan harga siling RON95 pada RM2.08 seliter berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel pada harga RM2.18 seliter.

 

Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, Mesyuarat Jemaah Menteri sebulat suara memutuskan harga siling berkenaan biarpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu.

 

Beliau dilaporkan berkata, jika harga minyak dunia berada bawah paras itu, harga mingguan petrol RON95 akan berada bawah paras RM2.08.

 

Sejak tengah malam 6 Jun hingga 12 Jun ini, harga Petrol RON97 ditetapkan pada paras RM1.78 seliter, RM1.48 seliter bayi RON95 dan diesel pada paras RM1.63 seliter.

 

 

The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain itu, katanya, ia tidak memberi motivasi syarikat penerbangan yang mungkin mengambil langkah…
Berita Domestik
Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Dewan Rakyat…
Berita Domestik
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, paras harga siling yang ditetapkan itu lebih…