Brunei pula terus merekodkan harga bahan api yang jauh lebih rendah berbanding kebanyakan negara ASEAN lain, disokong statusnya sebagai negara pengeluar minyak serta dasar subsidi domestik yang telah lama dilaksanakan.
Di seluruh ASEAN, negara anggota secara umumnya mengguna pakai gabungan rangka kerja penetapan harga, daripada sistem subsidi terurus dan kawalan harga separa kepada mekanisme lebih berkait pasaran atau pemindahan kos import, sekali gus menyebabkan perbezaan paras harga runcit bahan api ketika tekanan pasaran minyak global masih berterusan, berdasarkan data yang dikumpulkan daripada sumber rasmi dan industri setakat 16 April 2026.
Di Timor-Leste, harga bahan api tertakluk kepada had yang ditetapkan kerajaan bagi menstabilkan kos runcit dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran minyak global.
Di beberapa negara, harga yang dinyatakan terutamanya merujuk kepada harga di ibu negara, walaupun sedikit perbezaan mungkin berlaku di kawasan lebih terpencil.
Jadual perbandingan harga runcit RON95 dan diesel di seluruh ASEAN dalam Ringgit Malaysia (RM) seliter adalah seperti berikut:
Brunei 1.12 (Petrol) 0.97 (Diesel)
Kemboja 5.02 (Petrol) 6.30 (Diesel)
Indonesia 2.38 (RON90 bersubsidi) 1.62 (Bio-solar bersubsidi)
Laos 7.36 (Petrol) 9.22 (Diesel)
Malaysia 1.99 (BUDI95 bersubsidi) 2.15 (bersubsidi)
4.02 (RON 95 tanpa subsidi) 5.97 (Diesel tanpa subsidi)
Myanmar 9.31 (Petrol) 12.21 (Diesel)
Filipina 3.76 - 3.83 (Petrol) 3.83 - 3.91 (Diesel)
Singapura 10.64 - 10.80 (Petrol) 13.76 - 14.56 (Diesel)
Thailand 5.32 (Petrol) 5.50 (Diesel)
Timor-Leste 7.05 (Petrol) 7.76 (Diesel)
Vietnam 3.54 (Petrol) 4.95 (Diesel)