Harga rasmi Yamaha NVX 155 Doxou - dari RM10,688

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan dua buah motosikal bertemakan Doxou edisi terhad di acara Yamaha Gen Blue bertempat di MAEPS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika Yamaha Y15ZR diumumkan harganya iaitu RM8,868, Yamaha NVX 155 pula ditetapkan harga jualan iaitu RM10,688 dalam satu pengumuman yang baharu sahaja dibuat minggu ini. 

Seperti yang anda sudah pun lihat pada bulan lalu, kedua-dua unit Y15ZR dan NVX 155 didatangkan dengan cover bertemakan Doxou berwarna biru matte yang diselangi warna copper. 
 


Tiada sebarang perubahan spesifikasi dilakukan, bermakna kedua-dua motosikal ini masih kekal dengan kuasa sedia ada standard kilang. 

Bagi mereka yang mendapatkan model Doxou yang kreatif ini, set hadiah eksklusif Doxou menanti para pembeli yang merangkumi sijil pengesahan pemilikan, headphone Doxou dan keychain kenang-kenangan Doxou. 
 


Yamaha NVX 155 (dan juga Yamaha Y15ZR) edisi Doxou ini sudah boleh didapati di rangkaian pengedar sah Yamaha di seluruh Malaysia.