Harga rasmi Renault Megane R.S. 280 Cup - bermula dari RM279,888 tanpa insurans

oleh Mohamad Hanif|
TC Euro Cars (TCEC) membawakan pencabar baharu di dalam segmen Hot Hatch dengan memperkenalkan Renault Megane R.S. 280 Cup generasi baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menariknya, hot hatch lima pintu ini hadir dengan penawaran kedua-dua jenis transmisi manual enam nisbah kelajuan, serta tambahan transmisi automatik Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan. 

Kuasa 280 PS dan 390 Nm diperoleh daripada unit enjin empat silinder sebaris 1.8 liter turbo dan memberikan pecutan sepantas 5.8 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi sekitar 255 km/j.

 


Walaupun Renault Megane R.S. merupakan jentera pacuan roda hadapan, para jurutera telah menambah sistem stereng empat roda 4Control yang pertama seumpamanya dalam segmen, memberikan kawalan yang tersendiri kepada hot hatch yang lincah ini, terutama di selekoh tajam.

Tugas-tugas kawalan pemanduan diserahkan kepada sistem stereng bebas, manakala kawalan kuasa yang perlu dikerahkan pula diberikan kepada Renault Multi-Sense yang merangkumi mod pemanduan Comfort, Normal, Sport, Race dan juga Perso. 
 


Tayar Bridgestone Potenza S001 yang membaluti rim bersaiz 19 inci di keempat-empat sudut arca roda memastikan kuasa disalurkan kepada jalan raya dengan lebih lancar. 

Dari segi luaran pula, sistem lampu LED RS Vision yang unik dan moden ini terdiri daripada lampu sisi, lampu membelok, lampu kabus serta lampu tinggi jarak jauh. 
 


Renault Megane R.S. 280 Cup ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Diamond Black, Pearl White (+RM1,000), Liquid Yellow dan juga Orange Tonic (+RM8,000).

Manakala harga jualan pula bermula dari RM279,888 untuk varian manual dan RM299,888 untuk varian EDC. 

Harga jualan di Langkawi pula bermula dari RM149,888 untuk manual dan RM159,888 untuk transmisi automatik. 


Pandu uji boleh dilakukan di beberapa bilik pameran terpilih Renault melalui temu janji sahaja dan boleh dipohon melalui laman web Renault Malaysia. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Seperti yang diumumkan pada tahun lalu, Renault Zoe didatangkan dalam dua varian utama, iaitu Zoe…
Model Terbaharu
Untuk rakyat Malaysia yang berminat, pendaftaran minat kini telah pun dibuka atau boleh berkunjung…
Pelancaran
Untuk model tahun 2021, Renault Koleos membawakan perubahan dari segi penampilan lampu utama LED…